Kuasa mengawal dan memilih-Part 2

December 5, 2009 by Cikgu Bob · Leave a Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

Kita tidak perlu menyuruh murid-murid kita supaya belajar rajin-rajin dan mendapatkan keputusan yang terbaik. Kalau boleh, jangan sekali-kali menyebutnya di hadapan mereka.

Kanak-kanak terutamanya remaja, mempunyai keinginan emosi yang kuat untuk bebas dan berdikari. Mereka tidak suka ditunjuk-ajar bagaimana untuk berfikir dan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara ; terutama sekali oleh orang dewasa.

Lagi kuat desakan untuk mereka belajar dan berjaya, lagi kuat tentangan akan timbul dari mereka.

Sebaliknya, kita beritahu bahawa mereka mempunyai PILIHAN bagaimana mereka mahu corak kehidupan mereka di masa depan. Jika mereka membuat pilihan untuk tidak rajin belajar, maka mereka hanya mempunyai SEDIKIT PILIHAN untuk buat apa yang mereka mahu lakukan di masa depan.

Dengan gred yang rendah, kamu tidak boleh PILIH sekolah mana yang kamu hendak masuk atau bidang apa yang kamu mahu. Kamu hanya akan mengambil tempat lebihan orang lain tidak mahu sahaja.

Apabila kamu tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, maka biasanya kamu akan mendapat pekerjaan yang tidak glamer, membosankan dan mendapat gaji yang rendah. Dengan kerja yang teruk dan gaji yang rendah, kamu mungkin tidak dapat makan makanan yang sedap dan mewah. Tidak dapat membeli barang yang dihajati dan tidak dapat tinggal di kediaman mewah. Ringkasnya, jika kamu malas belajar, maka pilihan dalam hidup kamu adalah amat terhad. Akhirnya hidup kamu mungkin akan berada di bawah kawalan orang lain.

Tetapi! Jika kamu PILIH untuk belajar rajin-rajin dan mendapatkan keputusan yang cemerlang, kamu boleh PILIH sekolah mana yang kamu hendak masuk atau bidang apa yang kamu mahu. Dengan kelulusan tinggi yang kamu ada, kamu boleh PILIH kerjaya apa yang kamu mahu, dan berapa gaji yang kamu mahu. Daripada kejayaan ini, akan lahir KEBEBASAN mutlak. Kamu yang mengawal hidup kamu, dan bukannya orang lain.

Hasilnya, apabila murid-murid diberi pilihan tersebut, mereka menjadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar. Murid-murid merasakan PILIHAN untuk belajar atau tidak terletak di tangan mereka. Tiada sesiapa yang memaksa mereka untuk berbuat demikian. Disebabkan setiap remaja amat menghargai nilai ‘kebebasan’, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Tujuan mereka belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh adalah untuk mencapai ‘kebebasan’ di kemudian hari nanti.

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Kuasa mengawal dan memilih

December 3, 2009 by Cikgu Bob · Leave a Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

Remaja yang mempunyai jati diri yang rendah biasanya beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa atau kurang kuasa di dalam mengawal dan membuat pilihan di dalam hidup mereka. Mereka beranggapan ‘guru yang teruk’ atau ‘subjek ni susah’ ataupun ‘ibubapa aku pun tak masuk universiti’ menjadi penghalang kepada mereka untuk berjaya.

Sentiasa ingatkan anak-anak dan murid anda bahawa mereka kuasa untuk mengawal dan membuat pilihan di dalam hidup mereka. Walau macam mana pun kondisi hidup mereka, walau macam mana pun guru yang mengajar mereka, walau macam mana pun kawan-kawan yang mereka ada, pilihan terletak di tangan mereka.

Ingatkan mereka bahawa kalau nak berjaya atau gagal semuanya di tangan mereka. Piliah samada mahu berserah dengan keadaan ataupun mahu berubah untuk berjaya. Gagal untuk berubah maknanya merancang untuk gagal.

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Pujian sebagai alat membina keyakinan diri

December 2, 2009 by Cikgu Bob · Leave a Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

Pujian merupakan salah satu cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan anak atau murid anda. Penggunaan patah perkataan yang sesuai boleh mengubah secara total pola pemikiran kanak-kanak tersebut, emosi dan kelakuannya.

Ibubapa dan guru biasanya memberikan fokus kepada kesalahan yang dilakukan oleh anak atau murid mereka. Ibubapa dan guru yang hebat akan memberikan fokus apakah perkara yang baik, bagus dan bermanfaat yang telah dilakukan oleh anak atau murid mereka.

Kemudian mereka memberikan respon yang positif kepada anak atau murid mereka dan menjadikan anak dan murid mereka merasa hebat. Mereka memperkasakan kelakuan positif anak atau murid mereka itu melalui kata-kata pujian dan rangsangan.

Ibubapa dan guru yang hebat percaya langkah pertama ialah dengan memberikan fokus kepada kepada kekuatan dan pencapaian terlebih dahulu. Kemudian barulah diperbetulkan segala tingkah-laku yang tidak betul dan negatif itu.

Apabila anak atau murid merasa dirinya disayangi dan berkebolehan, mereka akan lebih bersedia untuk mendengar saranan dan nasihat, serta mampu mengubah kelakuan negatif mereka itu.

Dua perkara yang perlu kita ingat sebelum memuji ialah ;

· Ikhlas bila melontarkan pujian. Jangan memuji sesuatu perkara jika ia memang tidak dilaksanakan dengan sempurna. Kita kena ingat bahawa anak-anak atau murid kita tidak bodoh. Jika kita memuji mereka hanya sekadar untuk mengambil hati, maka mereka akan merasa seperti kita menipu mereka sahaja.

· Pujian tersebut khusus kepada USAHA atau HASIL yang dilakukan dan bukannya ke atas individu tersebut itu sendiri. Kajian menunjukan, apabila ibubapa atau guru memberikan pujian kepada tubuh badan anak atau murid, mereka akan meragui pujian tersebut. Sebagai contoh ; “Kamu memang bijak”, atau “kamu seorang yang kreatif”.

Sebaliknya, pujilah usaha yang telah dilakukan atau hasil daripada usaha itu tadi. Sebagai contoh ;

“Terima kasih kerana membantu ibu membuang sampah di dapur.”

“Kerana kamu selalu mencuci bilik air inilah, adik kamu tidak tergelincir di dalamnya, tahniah!”

“Usaha kamu selama seminggu telah menghasilkan projek sains yang begitu menarik, tahniah!”

Elakkan ;

“Kamu seorang yang ringan tulang Amin.”

Sebaliknya ;

“Terima kasih Amin kerana membantu saya mengangkat buku-buku saya yang berat itu sebentar tadi.”

PS : Lama tak update blog ini disebabkan kesibukan tugas seharian dan keadaan kesihatan yang agak teruk.

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Aku lempang kan!

April 8, 2009 by Cikgu Bob · 1 Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

Itulah kata-kata yang biasa dituturkan oleh semua guru apabila mereka gagal untuk mengawal murid-murid. Dengan ugutan dan gertakan sedemikian, secara tidak langsung kita telah melakukan penderaan perasaan.

Sebelum saya melakukan kajian untuk menyiapkan buku ‘Bagaimana Merangsang Seronok Belajar‘, melempang, mencubit dan memukul merupakan amalan biasa bagi saya. Apatah lagi ketika di bangku sekolah saya memang selalu kena denda kerana saya merupakan seorang murid yang agak aktif (^_^). Menurut perbincangan saya dengan salah seorang motivator terkenal negara, perbuatan melempang, memukul dan mencubit yang saya anggap perkara biasa merupakan manifestasi dendam apa yang telah dilakukan oleh guru-guru dulu kepada saya. Tapi perbuatan itu sebenarnya adalah satu jenis penderaan fizikal kepada murid.

Penderaan sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu ;

1. Penderaan fizikal ; sepertinya melempang, memukul, mencubit dan merotan.

2. Penderaan perasaan ; seperti menghina, mengejek dan menakut-nakutkan mereka.

Islam telah menggariskan satu garis panduan yang jelas iaitu ;

” Tidak boleh memudaratkan pada diri sendiri dan orang lain”

Murid-murid kita merupakan satu aset yang paling berharga yang belum digilap potensi dan bakatnya. Proses gilapan memerlukan masa, usaha, modal dan strategi yang pelbagai. Kalau mahu memotong berlian pun terpaksa menggunakan berlian, apatah lagi manusia yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan citra kehidupan.

Islam tidak mengiktiraf kekerasan sebagai USAHA UTAMA di dalam mencapai sesuatu matlamat. Apatah lagi kalau kita teliti di dalam sirah betapa lembut dan berhemah Nabi Muhammad mengajar dan mendidik sahabat-sahabat baginda. Malahan begitu juga sikap baginda terhadap kaum Yahudi dan kaum Quraisy yang memusuhi baginda.

Nabi Muhammad pernah berpesan ” Sesungguhnya Allah bersikap lemah lembut dan Dia suka paa kelembutan. Dia memberi pada kelembutan keistimewaan yagn tidak diberi pada kekerasan dan lain-lainnya.” (direkodkan oleh Abu Daud).

Jikalau dengan kelembutan baginda berjaya di dalam usaha dakwah baginda, maka dengan kelembutan jugalah kita tawan hati murid-murid kita supaya mereka SERONOK BELAJAR.

Setakat ini post saya pada hari ini, insyaAllah kita akan berbicara lagi.

Salam seronok dan bahagia dari saya.

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Seronok Bermain

March 22, 2009 by Cikgu Bob · Leave a Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

Arham tu bukannya bodoh, tapi dia lebih suka bermain daripada belajar’. Itulah rungutan tentang seorang pelajar di sekolah saya. Murid tersebut boleh dikatakan yang paling pandai tetapi disebabkan pengaruh rakan sekelas yang suka bermain, beliau tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Si Arham (dan kawan-kawannya) akan bermain ketika belajar, ketika guru mengajar, ketika guru bertanyakan soalan, ketika melaksanakan tugasan, ketika solat, ketika makan, ketika berjalan dan pada setiap ketika. Bukanlah saya mengatakan bahawa bergurau itu salah, tetapi bukanlah pada setiap masa dan ketika.

Ada ketikanya guru yang dah hilang sabar dek kerana gurauan yang melampau, termarah, terdenda, tercubit Arham dan kawan-kawannya.

Alhamdulillah, semalam saya terjumpa satu program yang dinamakan Score A yang menggalakkan murid-murid bermain tetapi dapat meningkatkan prestasi akademik. Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang suka bermain, mereka tidak perlu risau lagi. Anak-anak mereka sebenarnya belajar sambil bermain.

Malahan ibubapa akan mendapat report melalui SMS mengenai aktiviti dan pencapaian anak-anak mereka melalui program tersebut. Tanpa melengahkan masa lagi, saya terus sign in. Walaupun harganya sedikit mahal, namun ia amat berbaloi untuk masa depan anak-anak.

Terima kasih kepada tuan Fitri kerana sudi memperkenalkan saya dengan program ini. Inilah namanya proses memandaikan bangsa.

Sila klik pada imej dibawah untuk pergi ke laman web score a

score-a

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Bagaimana Merangsang Seronok Belajar

March 22, 2009 by Cikgu Bob · 2 Comments
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

cover-buku_seronok-belajar

Alhamdulillah, setelah menunggu sekian lama, akan terbit buku yang menjadi asas kepada kelahiran blog ini. Harganya hanya RM16.50 di Semenanjung dan Rm 18.50 di Sabah dan Sarawak.

Mempunyai 144 halaman dan boleh dibeli secara online di Bookcafe. Kalau anda ingin mendapatkan versi bertandatangan dan hadiah istimewa, sila datang semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 17 April hingga 26 April nanti di Putra World Trade Center. Saya ingat ingin memberikan kamus elektronik percuma untuk pembeli buku ini nanti.

ps : ada cadangan lain tak?

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Salam Rindu

February 27, 2009 by Cikgu Bob · 2 Comments
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

“Cikgu, lama tak post, pergi mana?” itulah sms yang singgah ke dalam kotak sms handphone saya. Memang agak lama saya tidak post entry terbaru kerana kesibukan mengejar dateline buku yang akan diterbitkan sempena pesta buku antarabangsa bulan April nanti.

Baiklah, entri kali ini saya ingin menceritakan kuasa rindu untuk merangsang seronok belajar. Tip ini saya ambil daripada seorang guru cemerlang daerah Temerloh. Beliau menceritakan bahawa kita mesti mewujudkan satu aktiviti yang betul-betul menyeronokkan untuk para pelajar. Biar semua merasa puas dan gembira.

Tetapi ada pantangnya! Jangan diulang banyak kali aktiviti sebegitu kerana ia akan mewujudkan perasaan jemu pula. Lakukan aktiviti sebegitu sekali sebulan sahaja.

“apa contoh aktiviti yang boleh menimbulkan perasaan rindu pelajar” Tanya saya pada cikgu tersebut. “apa-apa sahaja yang anda fikirkan sesuai untuk murid anda. Contohnya mengadakan pertandingan mengeja, dan pemenangnya akan mendapat hadiah. tidak perlu mahal, cukup sekotak pensel warna ataupun sebatang pen yang agak berharga.”

“Bagaimana aktiviti tersebut dapat merangsang seronok belajar?” soal saya lagi.

“Pelajar akan membina persepsi bahawa masa subjek tersebut dan guru yang mengajar subjek tersebut BEST & MENYERONOKKAN! Jadi mereka sentiasa ternanti-nanti dan merindui saat keriangan itu untuk berulang.”

“Bukankah begitu juga bila sang kekasih ternanti-nanti dan merindui saat menerima panggilan atau sekadar sms ringkas daripada kekasihnya?” sambung beliau lagi.

“Itulah rahsia pepatah melayu barangkali ; sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan. Terima kasih di atas perkongsian yang begitu berharga ini!” ujar saya kepadanya.

Macam mana tuan-tuan? Boleh cuba praktikkan tips ini? atau tiada idea aktiviti apa yang sesuai? jangan risau, saya ada sediakan contoh aktiviti yang boleh dilakukan di dalam kelas. sila dapatkan buku saya “Bagaimana Merangsang Seronok Belajar” yang akan berada dipasaran tidak lama lagi….

salam seronok dan bahagia selalu.

ps ; tuan Fitri, nanti saya ulas Seronok Bermain di dalam entri saya yang seterusnya.

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Seronok Mengajar vs Seronok Belajar

January 22, 2009 by Cikgu Bob · 1 Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

Salam seronok dan bahagia buat semua..

1. Malam tadi saya sempat bersidang telefon dengan Tuan Fadzli moderator cikgumalaysia.

2. Di antara isi perbincangan kami ialah antara sebab TIDAK SERONOK BELAJAR ialah kerana guru TIDAK SERONOK MENGAJAR.

3. Terdapat banyak faktor yang menjadikan seorang guru itu TIDAK SERONK MENGAJAR. Antaranya ialah ;

  • Asas yang diikuti di maktab tidak mendorong guru itu menjadi seorang yang SERONOK MENGAJAR.
  • Tidak wujud budaya ilmu dikalangan guru untuk mencari method untuk keseronokan.
  • Tidak wujud unsur-unsur ‘training’ dalam P&P, hanya untuk lepas tangan sahaja.
  • Sukatan pelajaran yang terlalu rigid.
  • Guru dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang tidak berkesudahan.
  • Program-program yang menyibukkan guru daripada memberi tumpuan kepada P&P.

Mungkin senarai ini panjang lagi, tetapi saya rasa cukuplah setakat ini. Bukan hasrat untuk MEMUSNAH, tetapi membina tapak untuk MELONJAK LEBIH TINGGI.

Salam seronok belajar.

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Singa atau Kambing?

January 18, 2009 by Cikgu Bob · Leave a Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

tiger-icon

Alhamdulillah, salam seronok dan salam bahagia daripada saya untuk semua pengunjung blog ini. Pada malam Khamis lepas, saya telah membaca sebuah novel dwilogi karangan pengarang yang yang terkenal dengan ‘Ayat-ayat Cinta’ iaitu Ustaz Habiburrahman as-Shirazin iaitu ‘Tasbih Cinta’.

Novel tersebut berkisar tentang heronya Abdullah Khairul Azzam yang berjuang untuk hidup dan perjuangan dakwahnya. Saya amat tertarik dengan adegan beliau menceritakan kisah berkenaan seekor singa yang dijaga oleh sekumpulan kambing yang disamapaikan di pesantren bapa mertuanya Kiai Lutfi. Kisahnya begini……

“Alkisah disebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anak. anak singa yang lemah itu hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Beberapa waktu kemudian, sekumpulan kambing melintas di tempat itu.

Anak singa itu menggerak-gerak tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati. Ia merasa hiba melihat anak singa itu yang lemah dan hidup sebatang kara. Terbitlah namurinya untuk merawat dan melindunig aak singa itu.

Si ibu kambing menghampiri anak singa itu, lalu membelai dengan penuh kehangatan dan kasih sayang. Kerana dapat menikmati kehangatan kasih sayang begitu, Si anak singa itu pun tidak mahu berpisah dengan ibu kambing. Iapun terus mengikut ke mana saja ibu kambing itu pergi. Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu.

Hari berganti hari, dan anak singa itu terus membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Ia hidup dalam kumpulan kambing, ia menyusu, makan, minum dan bermain dengan anak-anak kambing. Tiada apa-apa perbezaan dengan kambing-kambing lain. Ia tidak sama sekali berasa dirinya adalah seeekor singa.

Suatu hari, berlaku tragedi besar. seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan.

“Kau singa! cepat lawan serigala itu. Cukup dengan mengaum saja, pasti sergala itu akan lari ketakutan!. Kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah itu.

Tapi anak singa yang sejak kecil hidup di tengah-tengah kumpulan kambing itu turut takut malah berlindung di belakang ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembik. Suara itu sama seperti kambing yang lain. Bukan mengaum.

Anak singa itu tidak boleh berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain adalah saudara susuanya, diterkam dan dibawa lari oleh serigala.

saya ringkaskan ceritanya………

Kemudian datang pula seekor singa dewasa datang untuk memakan kambing tersebut. Tetapi singa itu merasa amat terkejut melihat seekor anak singa berada dikalangan kambing itu. Yang hairannya ia pun lari ketakutan daqn mengembik seperti kambing-kambing itu. Sang singa itu terus menerkam anak singa tersebut.

Si anak singa mengembik dan dan menjerit “jangan makan aku, jangan makan aku!” Sang singa dewasa itu pun memarahinya dan mengheretnya ke sebuah sungai. Sang singa berkata ” Kenapa aku nak makan engkau? Bukankah engkau singa seperti aku! Cuba kau tengok ke dalam sungai rupa sebenar engkau!’ Si anak anak singa itu merasa amat terkejut sekali………

Pengajaran daripada kisah ini ialah ramai daripada pelajar-pelajar dan anak-anak kita yang tidak mengetahui potensi singa yang berada didalam diri mereka. Mereka hanya merasakan diri mereka ialah kambing yang akan dimakan oleh singa dan serigala pada bila-bila masa.

Adalah menjadi tugas kami di Team Seronok Belajar untuk menukarkan anak-anak kita daripada KAMBING menjadi SINGA.

JOM SERONOK BELAJAR!!!

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Belajar Boleh Jadi Seronok Ke?

January 15, 2009 by Cikgu Bob · Leave a Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

terrific_kids_logo

Menonton wayang ke, tv ke, dengar lagu ke, baca komik ke, tentulah seronok. Belajar boleh jadi seronok ke ?” itulah kata-kata yang saya selalu dengar daripada pelajar- pelajar saya. Bagi mereka, belajar itu tidak ‘happening’ , bosan dan memenatkan.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh meletakkan 100% kesalahan ke atas bahu mereka sahaja. Memang begitu apa yang mereka dengar dan lihat setiap hari. Berpuluh-puluh program realiti dianjurkan oleh pelbagai pihak yang menjadi jalan pintas mencapai ‘kejayaan’. Surat khabar, majalah, televisyen malah pemimpin-pemimpin-pemimpin yang jahil pula menjulang tinggi bintang-bintang segera ini sebagai idola dan contoh ikutan bagi para pelajar.

Samada mereka sedar tapi tak ambil peduli atau memang mereka tidak sedar kenyataanya apa yang sedang berlaku sekarang ini merupakan rancangan jahat Yahudi dan Barat untuk menghancurkan negara dan agama khususnya.

Hasil Nukilan :

Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com

Next Page »

  • Kalendar Aktiviti

    February 2010
    M T W T F S S
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
  • Aktiviti Akan Datang

    • No events.
  • Mesej Ringkas

    Last Message 1 week, 3 days ago
    • vllythb : TikIe
    • focngkxyuu : OlOWH
    • pnxxmcfxhms : SE1PqE
    • cfqpdcz : OfvZitExoeUw
    • bqxqqdv : yqOvG
    • juxmmxhwy : jd2Yer
    • AnefEncuncron : «link»
    • embofeLot : «link»
    • anem : moga berjaya cg. sy sbg pelajar sdg tercari2 cara utk buatkn seronok belajar. ada cara atasi malas belajar? hehe
    • k.yatiKPLI(RE) : nice meeting u again
    • Guest_750 : hai
    • ndkfirgs : LJpZjXbJwmPgYXU
    • gwbzqul : JzUIkRNUPQORjCQe
    • lutxruu : ZHGLQFJjglnOxR
    • kzfilxmatkp : WpEmvIASYWesZ
    • pcyebe : dOzbsLIShnbQtNb
    • nvzwcpffxwl : RgIqdUvXVFkTt
    • Guest_2965 : sukar nak membuatkan murid seronok belajar di kelas
    • ojshjd : ndWGHkTSHEpDSdsM o
    • rmrclwpspiv : ddOFpGTgwHAtDNn
    • rrwxgl : rWabuQKnm
    • ttuqqefmw : tRfzTfAtwGzcUqHJ
    • Cikgu Bob : tengah mengumpul bahan
    • Fadzli : Hah macam mana buku baru tuan...
    • Cikgu Bob : Terima Kasih, kerana cinta dan kasihkan negara, marilah kita berjuang bersama (^_^)
    • Fadzli : Tahniah kepada cikgu Bob kerana menjadikan seronok belajar sebahagian kepada kehidupan. Insyaallah bersama kita gerakkan sekolah dapat berperanan dengan optima.
    • admin : Selamat datang ke SeronokBelajar.C om
    • Pierre : Congratulations, you just completed the installation of this shoutbox.