Kuasa mengawal dan memilih-Part 2

December 5, 2009 by Cikgu Bob · Leave a Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

Kita tidak perlu menyuruh murid-murid kita supaya belajar rajin-rajin dan mendapatkan keputusan yang terbaik. Kalau boleh, jangan sekali-kali menyebutnya di hadapan mereka.

Kanak-kanak terutamanya remaja, mempunyai keinginan emosi yang kuat untuk bebas dan berdikari. Mereka tidak suka ditunjuk-ajar bagaimana untuk berfikir dan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara ; terutama sekali oleh orang dewasa.

Lagi kuat desakan untuk mereka belajar dan berjaya, lagi kuat tentangan akan timbul dari mereka.

Sebaliknya, kita beritahu bahawa mereka mempunyai PILIHAN bagaimana mereka mahu corak kehidupan mereka di masa depan. Jika mereka membuat pilihan untuk tidak rajin belajar, maka mereka hanya mempunyai SEDIKIT PILIHAN untuk buat apa yang mereka mahu lakukan di masa depan.

Dengan gred yang rendah, kamu tidak boleh PILIH sekolah mana yang kamu hendak masuk atau bidang apa yang kamu mahu. Kamu hanya akan mengambil tempat lebihan orang lain tidak mahu sahaja.

Apabila kamu tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, maka biasanya kamu akan mendapat pekerjaan yang tidak glamer, membosankan dan mendapat gaji yang rendah. Dengan kerja yang teruk dan gaji yang rendah, kamu mungkin tidak dapat makan makanan yang sedap dan mewah. Tidak dapat membeli barang yang dihajati dan tidak dapat tinggal di kediaman mewah. Ringkasnya, jika kamu malas belajar, maka pilihan dalam hidup kamu adalah amat terhad. Akhirnya hidup kamu mungkin akan berada di bawah kawalan orang lain.

Tetapi! Jika kamu PILIH untuk belajar rajin-rajin dan mendapatkan keputusan yang cemerlang, kamu boleh PILIH sekolah mana yang kamu hendak masuk atau bidang apa yang kamu mahu. Dengan kelulusan tinggi yang kamu ada, kamu boleh PILIH kerjaya apa yang kamu mahu, dan berapa gaji yang kamu mahu. Daripada kejayaan ini, akan lahir KEBEBASAN mutlak. Kamu yang mengawal hidup kamu, dan bukannya orang lain.

Hasilnya, apabila murid-murid diberi pilihan tersebut, mereka menjadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar. Murid-murid merasakan PILIHAN untuk belajar atau tidak terletak di tangan mereka. Tiada sesiapa yang memaksa mereka untuk berbuat demikian. Disebabkan setiap remaja amat menghargai nilai ‘kebebasan’, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Tujuan mereka belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh adalah untuk mencapai ‘kebebasan’ di kemudian hari nanti.

Kuasa mengawal dan memilih

December 3, 2009 by Cikgu Bob · Leave a Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

Remaja yang mempunyai jati diri yang rendah biasanya beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa atau kurang kuasa di dalam mengawal dan membuat pilihan di dalam hidup mereka. Mereka beranggapan ‘guru yang teruk’ atau ‘subjek ni susah’ ataupun ‘ibubapa aku pun tak masuk universiti’ menjadi penghalang kepada mereka untuk berjaya.

Sentiasa ingatkan anak-anak dan murid anda bahawa mereka kuasa untuk mengawal dan membuat pilihan di dalam hidup mereka. Walau macam mana pun kondisi hidup mereka, walau macam mana pun guru yang mengajar mereka, walau macam mana pun kawan-kawan yang mereka ada, pilihan terletak di tangan mereka.

Ingatkan mereka bahawa kalau nak berjaya atau gagal semuanya di tangan mereka. Piliah samada mahu berserah dengan keadaan ataupun mahu berubah untuk berjaya. Gagal untuk berubah maknanya merancang untuk gagal.

Pujian sebagai alat membina keyakinan diri

December 2, 2009 by Cikgu Bob · Leave a Comment
Filed under: Coretan Cikgu Bob 

Pujian merupakan salah satu cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan anak atau murid anda. Penggunaan patah perkataan yang sesuai boleh mengubah secara total pola pemikiran kanak-kanak tersebut, emosi dan kelakuannya.

Ibubapa dan guru biasanya memberikan fokus kepada kesalahan yang dilakukan oleh anak atau murid mereka. Ibubapa dan guru yang hebat akan memberikan fokus apakah perkara yang baik, bagus dan bermanfaat yang telah dilakukan oleh anak atau murid mereka.

Kemudian mereka memberikan respon yang positif kepada anak atau murid mereka dan menjadikan anak dan murid mereka merasa hebat. Mereka memperkasakan kelakuan positif anak atau murid mereka itu melalui kata-kata pujian dan rangsangan.

Ibubapa dan guru yang hebat percaya langkah pertama ialah dengan memberikan fokus kepada kepada kekuatan dan pencapaian terlebih dahulu. Kemudian barulah diperbetulkan segala tingkah-laku yang tidak betul dan negatif itu.

Apabila anak atau murid merasa dirinya disayangi dan berkebolehan, mereka akan lebih bersedia untuk mendengar saranan dan nasihat, serta mampu mengubah kelakuan negatif mereka itu.

Dua perkara yang perlu kita ingat sebelum memuji ialah ;

· Ikhlas bila melontarkan pujian. Jangan memuji sesuatu perkara jika ia memang tidak dilaksanakan dengan sempurna. Kita kena ingat bahawa anak-anak atau murid kita tidak bodoh. Jika kita memuji mereka hanya sekadar untuk mengambil hati, maka mereka akan merasa seperti kita menipu mereka sahaja.

· Pujian tersebut khusus kepada USAHA atau HASIL yang dilakukan dan bukannya ke atas individu tersebut itu sendiri. Kajian menunjukan, apabila ibubapa atau guru memberikan pujian kepada tubuh badan anak atau murid, mereka akan meragui pujian tersebut. Sebagai contoh ; “Kamu memang bijak”, atau “kamu seorang yang kreatif”.

Sebaliknya, pujilah usaha yang telah dilakukan atau hasil daripada usaha itu tadi. Sebagai contoh ;

“Terima kasih kerana membantu ibu membuang sampah di dapur.”

“Kerana kamu selalu mencuci bilik air inilah, adik kamu tidak tergelincir di dalamnya, tahniah!”

“Usaha kamu selama seminggu telah menghasilkan projek sains yang begitu menarik, tahniah!”

Elakkan ;

“Kamu seorang yang ringan tulang Amin.”

Sebaliknya ;

“Terima kasih Amin kerana membantu saya mengangkat buku-buku saya yang berat itu sebentar tadi.”

PS : Lama tak update blog ini disebabkan kesibukan tugas seharian dan keadaan kesihatan yang agak teruk.

  • Kalendar Aktiviti

    December 2009
    M T W T F S S
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031EC
  • Aktiviti Akan Datang

    • No events.
  • Mesej Ringkas

    Last Message 3 weeks, 1 day ago
    • bear_chubby : No sweet thought to 4word..
    • syaza : gud luck in ur life
    • vllythb : TikIe
    • focngkxyuu : OlOWH
    • pnxxmcfxhms : SE1PqE
    • cfqpdcz : OfvZitExoeUw
    • bqxqqdv : yqOvG
    • juxmmxhwy : jd2Yer
    • AnefEncuncron : «link»
    • embofeLot : «link»
    • anem : moga berjaya cg. sy sbg pelajar sdg tercari2 cara utk buatkn seronok belajar. ada cara atasi malas belajar? hehe
    • k.yatiKPLI(RE) : nice meeting u again
    • Guest_750 : hai
    • ndkfirgs : LJpZjXbJwmPgYXU
    • gwbzqul : JzUIkRNUPQORjCQe
    • lutxruu : ZHGLQFJjglnOxR
    • kzfilxmatkp : WpEmvIASYWesZ
    • pcyebe : dOzbsLIShnbQtNb
    • nvzwcpffxwl : RgIqdUvXVFkTt
    • Guest_2965 : sukar nak membuatkan murid seronok belajar di kelas
    • ojshjd : ndWGHkTSHEpDSdsM o
    • rmrclwpspiv : ddOFpGTgwHAtDNn
    • rrwxgl : rWabuQKnm
    • ttuqqefmw : tRfzTfAtwGzcUqHJ
    • Cikgu Bob : tengah mengumpul bahan
    • Fadzli : Hah macam mana buku baru tuan...
    • Cikgu Bob : Terima Kasih, kerana cinta dan kasihkan negara, marilah kita berjuang bersama (^_^)
    • Fadzli : Tahniah kepada cikgu Bob kerana menjadikan seronok belajar sebahagian kepada kehidupan. Insyaallah bersama kita gerakkan sekolah dapat berperanan dengan optima.
    • admin : Selamat datang ke SeronokBelajar.C om
    • Pierre : Congratulations, you just completed the installation of this shoutbox.