Aku lempang kan!
Itulah kata-kata yang biasa dituturkan oleh semua guru apabila mereka gagal untuk mengawal murid-murid. Dengan ugutan dan gertakan sedemikian, secara tidak langsung kita telah melakukan penderaan perasaan.
Sebelum saya melakukan kajian untuk menyiapkan buku ‘Bagaimana Merangsang Seronok Belajar‘, melempang, mencubit dan memukul merupakan amalan biasa bagi saya. Apatah lagi ketika di bangku sekolah saya memang selalu kena denda kerana saya merupakan seorang murid yang agak aktif (^_^). Menurut perbincangan saya dengan salah seorang motivator terkenal negara, perbuatan melempang, memukul dan mencubit yang saya anggap perkara biasa merupakan manifestasi dendam apa yang telah dilakukan oleh guru-guru dulu kepada saya. Tapi perbuatan itu sebenarnya adalah satu jenis penderaan fizikal kepada murid.
Penderaan sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu ;
1. Penderaan fizikal ; sepertinya melempang, memukul, mencubit dan merotan.
2. Penderaan perasaan ; seperti menghina, mengejek dan menakut-nakutkan mereka.
Islam telah menggariskan satu garis panduan yang jelas iaitu ;
” Tidak boleh memudaratkan pada diri sendiri dan orang lain”
Murid-murid kita merupakan satu aset yang paling berharga yang belum digilap potensi dan bakatnya. Proses gilapan memerlukan masa, usaha, modal dan strategi yang pelbagai. Kalau mahu memotong berlian pun terpaksa menggunakan berlian, apatah lagi manusia yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan citra kehidupan.
Islam tidak mengiktiraf kekerasan sebagai USAHA UTAMA di dalam mencapai sesuatu matlamat. Apatah lagi kalau kita teliti di dalam sirah betapa lembut dan berhemah Nabi Muhammad mengajar dan mendidik sahabat-sahabat baginda. Malahan begitu juga sikap baginda terhadap kaum Yahudi dan kaum Quraisy yang memusuhi baginda.
Nabi Muhammad pernah berpesan ” Sesungguhnya Allah bersikap lemah lembut dan Dia suka paa kelembutan. Dia memberi pada kelembutan keistimewaan yagn tidak diberi pada kekerasan dan lain-lainnya.” (direkodkan oleh Abu Daud).
Jikalau dengan kelembutan baginda berjaya di dalam usaha dakwah baginda, maka dengan kelembutan jugalah kita tawan hati murid-murid kita supaya mereka SERONOK BELAJAR.
Setakat ini post saya pada hari ini, insyaAllah kita akan berbicara lagi.
Salam seronok dan bahagia dari saya.
Hasil Nukilan :
Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob
Perunding Kanan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
fadzlihani@gmail.com
http://www.seronokbelajar.com
Last 5 posts in Coretan Cikgu Bob
- Kuasa mengawal dan memilih-Part 2 - December 5th, 2009
- Kuasa mengawal dan memilih - December 3rd, 2009
- Pujian sebagai alat membina keyakinan diri - December 2nd, 2009
- Seronok Bermain - March 22nd, 2009
- Bagaimana Merangsang Seronok Belajar - March 22nd, 2009
Comments
One Comment on Aku lempang kan!
-
anem on
Tue, 10th Nov 2009 10:20 am
saya suka entry ni
betullah agaknya, jika kita suka mencubit semasa mengajar
itu manifestasi dendam pada guru2 dulu
agak kelakar,
tapi itulah, kalau2 difikir2kan..
diri sendiri pun memang taksuka dihandle dgn cara sbegitu rupa
Tell me what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

