Siapa Cikgu Bob?

Ahmad Fadzli Fauzi aka Cikgu Bob di lahirkan di Hospital Besar Kota Bharu Kelantan pada 22 Oktober 1979. Dilahirkan dalam keluarga pendidik.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Akar di Besut, Terengganu. Kemudian bertukar ke Sekolah Kebangsaan Padang Luas.
Berjaya memecah tembok 4A di dalam peperiksaan UPSR di sekolahnya dan mendapat hadiah kecemerlangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Ditawarkan ke sekolah berasrama penuh tetapi menolak kerana memilih untuk meneruskan pelajaran di sekolah agama iaitu di Maahad Saniah, Pasir Puteh, Kelantan.
Kecemerlangan didalam SPM membuka jalan kepadanya untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan. Seterusnya ke Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur selama 3 tahun setengah. Merupakan seorang yang aktif dalam program kemahasiswaan dan kemasyarakatan semasa di UM. Antara lainnya pernah memimpin Jawatankuasa Ekspo Konvokesyen Universiti Malaya (EKSKUM) 2002.
Sempat menjadi calon Sarjana Pendidikan (kurikulum dan pengajaran) di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak selama 2 semester. Terpaksa menamatkan pencalonan apabila terpilih untuk mengikuti program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) Pengajian Inggeris selama setahun di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Kini bertugas sebagai guru di sekolah rendah.
Berpengalaman sebagai penceramah bebas, jurulatih utama, dan fasilitator di pelbagai program motivasi antaranya dibawah kelolaan Dr. Shukri Abdullah.

