Singa atau Kambing?
![]()
Alhamdulillah, salam seronok dan salam bahagia daripada saya untuk semua pengunjung blog ini. Pada malam Khamis lepas, saya telah membaca sebuah novel dwilogi karangan pengarang yang yang terkenal dengan ‘Ayat-ayat Cinta’ iaitu Ustaz Habiburrahman as-Shirazin iaitu ‘Tasbih Cinta’.
Novel tersebut berkisar tentang heronya Abdullah Khairul Azzam yang berjuang untuk hidup dan perjuangan dakwahnya. Saya amat tertarik dengan adegan beliau menceritakan kisah berkenaan seekor singa yang dijaga oleh sekumpulan kambing yang disamapaikan di pesantren bapa mertuanya Kiai Lutfi. Kisahnya begini……
“Alkisah disebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anak. anak singa yang lemah itu hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Beberapa waktu kemudian, sekumpulan kambing melintas di tempat itu.
Anak singa itu menggerak-gerak tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati. Ia merasa hiba melihat anak singa itu yang lemah dan hidup sebatang kara. Terbitlah namurinya untuk merawat dan melindunig aak singa itu.
Si ibu kambing menghampiri anak singa itu, lalu membelai dengan penuh kehangatan dan kasih sayang. Kerana dapat menikmati kehangatan kasih sayang begitu, Si anak singa itu pun tidak mahu berpisah dengan ibu kambing. Iapun terus mengikut ke mana saja ibu kambing itu pergi. Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu.
Hari berganti hari, dan anak singa itu terus membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Ia hidup dalam kumpulan kambing, ia menyusu, makan, minum dan bermain dengan anak-anak kambing. Tiada apa-apa perbezaan dengan kambing-kambing lain. Ia tidak sama sekali berasa dirinya adalah seeekor singa.
Suatu hari, berlaku tragedi besar. seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan.
“Kau singa! cepat lawan serigala itu. Cukup dengan mengaum saja, pasti sergala itu akan lari ketakutan!. Kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah itu.
Tapi anak singa yang sejak kecil hidup di tengah-tengah kumpulan kambing itu turut takut malah berlindung di belakang ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembik. Suara itu sama seperti kambing yang lain. Bukan mengaum.
Anak singa itu tidak boleh berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain adalah saudara susuanya, diterkam dan dibawa lari oleh serigala.
saya ringkaskan ceritanya………
Kemudian datang pula seekor singa dewasa datang untuk memakan kambing tersebut. Tetapi singa itu merasa amat terkejut melihat seekor anak singa berada dikalangan kambing itu. Yang hairannya ia pun lari ketakutan daqn mengembik seperti kambing-kambing itu. Sang singa itu terus menerkam anak singa tersebut.
Si anak singa mengembik dan dan menjerit “jangan makan aku, jangan makan aku!” Sang singa dewasa itu pun memarahinya dan mengheretnya ke sebuah sungai. Sang singa berkata ” Kenapa aku nak makan engkau? Bukankah engkau singa seperti aku! Cuba kau tengok ke dalam sungai rupa sebenar engkau!’ Si anak anak singa itu merasa amat terkejut sekali………
Pengajaran daripada kisah ini ialah ramai daripada pelajar-pelajar dan anak-anak kita yang tidak mengetahui potensi singa yang berada didalam diri mereka. Mereka hanya merasakan diri mereka ialah kambing yang akan dimakan oleh singa dan serigala pada bila-bila masa.
Adalah menjadi tugas kami di Team Seronok Belajar untuk menukarkan anak-anak kita daripada KAMBING menjadi SINGA.
JOM SERONOK BELAJAR!!!

