Seronok Bermain
‘Arham tu bukannya bodoh, tapi dia lebih suka bermain daripada belajar’. Itulah rungutan tentang seorang pelajar di sekolah saya. Murid tersebut boleh dikatakan yang paling pandai tetapi disebabkan pengaruh rakan sekelas yang suka bermain, beliau tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Si Arham (dan kawan-kawannya) akan bermain ketika belajar, ketika guru mengajar, ketika guru bertanyakan soalan, ketika melaksanakan tugasan, ketika solat, ketika makan, ketika berjalan dan pada setiap ketika. Bukanlah saya mengatakan bahawa bergurau itu salah, tetapi bukanlah pada setiap masa dan ketika.
Ada ketikanya guru yang dah hilang sabar dek kerana gurauan yang melampau, termarah, terdenda, tercubit Arham dan kawan-kawannya.
Alhamdulillah, semalam saya terjumpa satu program yang dinamakan Score A yang menggalakkan murid-murid bermain tetapi dapat meningkatkan prestasi akademik. Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang suka bermain, mereka tidak perlu risau lagi. Anak-anak mereka sebenarnya belajar sambil bermain.
Malahan ibubapa akan mendapat report melalui SMS mengenai aktiviti dan pencapaian anak-anak mereka melalui program tersebut. Tanpa melengahkan masa lagi, saya terus sign in. Walaupun harganya sedikit mahal, namun ia amat berbaloi untuk masa depan anak-anak.
Terima kasih kepada tuan Fitri kerana sudi memperkenalkan saya dengan program ini. Inilah namanya proses memandaikan bangsa.
Sila klik pada imej dibawah untuk pergi ke laman web score a


